Friday, December 27, 2013 | By: G-Balleza

end of 2013

Banjir teruk..dan aku jadi mangsa banjir pertama kali di Kuantan..Menjelang umur ke 32, begini di uji Ilahi....Allah Maha Besar...sekelip mata shj air mengalir deras ke dalam rumaah..air mata gugur di hati..mata terkatup rapat..memohon doa di dalam hati agar dipermudahkan urusan..Semuanya gelap, tida talian telefon dan masing2 meredah air banjir dalam hati yg penuh tersirat..baik zul atau aku...dua2 terdiam. "maka nikmat Allah yang  manakah engkau dustakan?"..Serentak g itu..niat untuk bercuti di Penang n Langkawi di kenselkan serta merta...bimbang banjir lebih buruk berlaku...

Alhamdulillah..esok pagi air telah surut..nasib baik tiada kerosakan teruk yg berlaku sebagaimana yg kudengar dr shbt2 di sg isap n permatang badak..Subhanallah...air mata mengalir mendengar kesusahan yang lebih susah dariku..kepayahan yang lebih payah dariku....hingga panas pipi mendengar cerita 2 dr mata yang melihat...Allahu Akbar...ajaib sungguh kuasaMu Ya Rabb...

Malam kenangan 4 disember..meraikan harilahir anakku dengan doa dan harapan.....moga esok lebih cerah dan hadirnya mentari yg akan menyejat banjir yang bertamu di kuantan ketika ini..Mungkin dr sikapku sedari kecil...sll cakna ttg hari2 penting hidupku..kukirim kek dr secret recipe ini utk anakku sempena harilahirkami yg berbeza sehari cuma...
                                             choc indulgence rm82 dh la ni....

so..tmbh2 sket ngan sate oklah......terubat jgk hati anak dan umminya...yg bersifat child ego.....biasela...org yg suka mkn kek..gitula ceritanya...nk tempah kat tmpt2 biase takder karen...so...belila kat secret recipe.

ermm..lame..mmg lame aku tak menulis....sbb busy yg tak pernah berakhir...mlm ni anak2 semua ade ngan mami di KL..jadi adela mase skit untuk aku menulis sesuatu....sebelum menjengahnya 2014...lagi 4 hari....Ya Allah begitu pantas masa berlalu.....

semalam....23-24hb aku ade kem  anjuran APIB kat Suria Cherating Beach Resort.....oklah bagi aku mmg penting motivasi utk menyuntik semangat dan beri ilmu pada kiter2 yg bergelar pendidik ni....Di samping mencari sendiri...pntg jgk kite menadah dr individu terlatih untuk lebih menjadi manusia yg sukses..oklah..pasal kem tu..amatlah best dan fantastic.....akusharekan beberapa keping gambar untuk kenangan blog usang ku..Mata dh ngantuk ni....half past 1 already..esok mau ke skul lgi so..that's all.full stop.











ok...that's all.kalau rajin sehari dua ni update lagi..

nite all
g balleza
12.34am 271213
Sunday, September 15, 2013 | By: G-Balleza

LEGA....



Berakhir sudah sebuah lagi episod perjuangan anak2 didik di medan peperiksaan..Biar resah jua gelisah senantiasa melanda diari hati saban hari...melihat sikap yg keanak-anakan ..sepertinya tiada apa2 yang berlaku..namun diri ini tak pernah puas untuk mendoakan yang terbaik untuk mereka..walau hati ini  adakala berduka dengan keletah mereka..namun biarlah..kupujuk sendiri lara hati kerana kutahu...keberkatan ilmu itu juga terletak pd keikhlasan hati gurunya....


Kesibukan pada tahun ini tidak beriku peluang untuk menitipkan kata2 di dada blog usang ini....Sedikit sebanyak emosiku terganggu oleh beberapa peristiwa yang berlaku pada tahun ini...Apa sahaja yang melibatkan aku sebagai pelakonnya...sangat mencabar..sangat menguji..sangat tragis...Namun ..berbalik kpd qada' dan qadar Allah..aku memujuk hati untuk terima segalanya yang berat mata memandang,berat lagi memikul ini dengan redha dan tabah..belajar untuk menilai dan muhasabah..bahawa setiap ujian yang datang itu adalah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya...kuatkan aku Ya Rabbi untuk terus melangkah ke hari2 esok yang penuh pancaroba Ya Allah....Jangan gelincirkan aku pada jalanMu yang dimukai ..Sesungguhnya aku ini  adalah hambaMu yang lemah..Perlu senantiasa disejukkan dengan ilmu dan zikir..agar diri tidak mudah melatah atas setiap perkara yang berlaku samada baik atau buruk............................................

Usai sudah UPSR...kulihat wajah merekabegitu girang...tenang baragkali kerna berlalu sudah ujian besar sblm melayakkan mereka ke peringkat yang lebih jauh...mungkin seronok kerana dapat menjawab pepriksaan dengan baik..atau macam 2 perasaan lagi yang berbaur mungkin...Tapi bagi diri ini....tamatnya UPSR bukan beerti untuk bersenang lenang..kerana anak didik yang kan menghadapi peperiksaan akhir tahun juga perlu akulakukan sesuatu untuk mereka......Banyak masa yang aku korbankan untuk membantu anak2 didik tahun 6..Mungkin sebegitu juga yg perlu aku lakukan untuk anak didikku yang lain......Ya Allah,tunjuk padndu hambaMu ini untuk mencari jalan yang benar.......bukan sedikit harga yang dibayar untuk itu...namun kekuatan hati dan kelapangan masa itu yang kupohon darimu Ya Allah........
Wajah gembira mereka.....

Teman seperjuanganku ...Linda..



Berada di tengah2 mereka menjadikan aku agak rapat dengan mereka.....Namun bila amarahku datang....mereka ttp aku hukum.....namun telah kunyatakan pada mereka....masa yang aku korbankan untuk mereka adalah demi melihat kejayaan yang cemerlang...cukupla jika semua lulus dlm subjek yang ku ajar dan...bonus untukku jika ada antara mereka yang mendapat A..Alhamdulillah.....


Mengusung waktu yang tak pernah lewat menantiku.....maka perlu kuterap satu disiplin kerja yang pantas dan tuntas dalam diri..agar masa dirumah menjadi masa yang berkualiti bersama anak2 setelah seharian meninggalkan mereka....Dorongan dan sokongan daripada suami jg bagiku amat penting bagi melahirkan aank2 soleh dan solehah....

My lovers...
YA ALLAH..semoga kasih sayang kepada mereka berkekalan hingga ke syurga... Duhai suami..redhakanlah setiap langkahku menelusuri onak yang berliku menuju ke puncak cinta Yang Maha Agung..

tinta hati
jiey balleza
1241pm
15 Sept 13



Tuesday, March 12, 2013 | By: G-Balleza

kala malam..


kisah 2013

Dinihari ini..tatkala semua mata di teratak ini lena dibuai mimpi,aku masih lagi terkedu dihadapan laptop ini..terlalu banyak yang  menari2 di fikiran..Kalendar di dinding telah menunjukkan bulan ke-3 bagi tahun ini, menandakan telah lepas suku pertama untuk tahun 2013..masa begitu pantas dan memintas aku dalam plarian yang tak pernah berakhir....teramat banyak perkara yang perlu aku rungkaikan satu persatu...ingin aku buka semula kunci diari yang pernah bersemadi di dalamnya cerita hitam putih seorang aku..biar aku ada tempat untuk meluah rasa hati yang terpendam lama..biar lega jiwa ini menanggung segunung rasa yang tak berpenghujung..Aku ingin dekat denganMu tapi masih jauh..Aku ingin menghabisan malam2ku bersamaMu tapi masih lalai.Aku ingin menjadi kekasih Mu yang paling setia..namun aku seringkali tersungkur pada bisikan musuhMu ....Lemah nya diri aku ini YA Allah..seringkali aku kumpul kekuatan agar aku menjadi kuat rohani dan jasmani..biar mereka2 yang lain tidak memandangku dengan enteng..dan aku ingin setiap hela nafasku bersulamkan dengan kalimah2 suci drmu ya Allah..agar aku senantiasa menjadi hamba yang mengingati dan mencintai Penciptaku sendiri. Aku masih lalai dan lemah untuk SETIA di jalanMu yang aku sendiri tidak tahu bagaimana penghujungnya..Doaku semoga diri ini tidak tersasar jauh dari prinsip ASAS ajaran junjungan besar Rasulullah S.W.T...............kuatkn aku Ya Allah...Pengembaraan hidup yang masih panjang ini biarlah bahagia akhirnya...walau hidup tak senantiasa cerah disinari suria ....Tabahlah wahai hati mengharungi dugaan dan cabaran yang menduga keimanan..kerana telah tertulis di Luh mahfuz,,dikaulah yang akan melalui ujian ini...insan kerdil yang lemah lagi hina....jiey balleza.

kau bertakhta di hati....

Related Posts with Thumbnails