Sunday, December 27, 2009 | By: G-Balleza

Luv Story...

Cinta Adam dan hawa.....begitulah lumrah alam..indahnya sebuah percintaan bila diakhiri dengan perkahwinan...as same as me..I've completed my life as a wife and mom...but i'm still looking forward to be the 'mithaliest wife of HIM' (if  this words exist..sorry..) also to be the best mom in this beautiful world.....so many experiences i wanna share wif u guys...coz of no time n busy wif my daily activities as muallimah... obstacles me  to sit n face wif tis cute laptop..though tulip ungu once upon a time was very crazy of writing n reading....but dunt worry...Rite now....my fingers are gracefully dancing on tis keyboard to make up my entry for today....tomorrow is holiday..so ..who cares???my hubby is still awaiting for me...playing PS2..whatever....!!!! of course my second bby..fathnin..also waits for me...to get sleep together....oklah....ni just nak share about MEMORABLE DAY OF MY LIFE....yaa....on my wedding day....4th June 2004 ..I was the happiest person on tat day....saper yang tak gembirakan....yerla...when the dream comes true..THANX GOD coz of HIS blessings we can get together as a husband n wife....Thanx to all of the person who CARE about our FEELING...yang penting hari bersejarah dah berlalu 5 tahun yang lalu....since tis moment...I experienced  every parts of feeling...happy..glad...sad..sorrow...excited...smile..tears...There is only one happiness in life.. love and to be loved......layan dulu pic2 ni yer...dulu blum femes lagi digital kamera....mase tu belila 3 roll kodak tuk bergambar...but the simple one make it very precious.....


            


        




Gitula seadanya....time flies faster..n now my is my third n fourth sis followed the same step...study...love and get married....For my deary Ma n Ci'ah...ur journey was at the starting point....so many challenges waiting there...for me..I hope that the happiness in my will last for all time........Insya Allah ..amin..Di kesempatan ini,inginku memberi sedikit petua2 rumahtangga bahagia, ku petik dari sebuah buku...

Bagi memupuk kasih sayang samada antara suami isteri atau anak-anak...berikut adalah beberapa petua yang boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan rumah tangga bahagia.

1)   Memahami dan mengamalkan tanggungjawab masing2 seperti suami sebagai ketua keluarga,isteri sebagai pembantu.Jangan campur adukkan antara kerja di pejabat dan hal rumahtangga.

2)    Mengamalkan berjamaah dalam apa jua aktiviti seperti solat, rekreasi,sukan dan menonton televisyen. Begitu juga dengan konsep musyawarah walau sekadar membuat keputusan untuk makan malam kerana setiap pasangan akan merasa dirinya dihargai.

3)    Hidupkan sikap berkorban dan bertolak ansur serta tidak berkira di atas apa yang telah dihulurkan.

4)     Tunjukkan kasih sayang melalui perkataan dengan memberitahu pasangan dan anak2 anda betapa mereka disayangi.

5)   Tunjukkan rasa kasih sayang melalui sentuhan, pelukan,berpegangan tangan,ciuman,belaian, urutan atau dukungan.

6)     Kawal diri ketika marah atau ketika bosan kerana kata-kata yang tidak sepatutnya boleh meninggalkan kesan yang mendalam kepada pasangan dan anak2.

7)    Elakkan sebarang bentuk penghinaan terhadap fizikal,mental dan sifat pasangan atau anak2 walaupun secara bergurau.

8)    Amalkan pujian di atas pengorbanan.Walaupun kecil nyatakan penghargaan serta senantiasa mengucapkan terima kasih di atas apa yang telah dilakukannya.

9)   Amalkan bekerjasama dalam melakukan sesuatu walaupun perkara remeh seperti mengemas rumah, mencuci kereta dsbgnya. jika tidak tahu melakukannya, menemankan pasangan sudah cukup untuk mengeratkan kasih sayang.

10)   Cuba memahami keadaan dan masalah pasangan seperti fizikal,kesihatan, kewangan serta kegemaran pasangan dan anak2.

11)   Amalkan sikap suka memberi hadiah pada hari2 tertentu atau membuat kejutan walau hanya sekotak coklat.

12)   Amalkan sikap suka berhias untuk pasangan termasuk sentiasa tersenyum, memilih pakaian yang sesuai serta menjaga kebersihan diri.

13)   Jadilah pendengar yang baik serta memberi peluang kepada pasangan dan anak2 habis bercerita sebelum menyampuk. Adakalanya mereka ingin mengadu dan memerlukan orang yang terdekat untuk memahaminya.

14)   Memberi perhatian kepada sesuatu yang romantik seperti tarikh dan nombor tertentu. Tahu kesukaan pasangan dan cipta suasana bulan madu di dalam rumah.

15)   Sentiasa bergurau serta mengingatkan pasangan dengan cerita lucu yang pernah berlaku, membelek album2 lama atau bermain teka-teki.

16)   Amalkan sikap suka mengakui kesalahan dan kesilapan serta mudah memaafkan pasangan terutama sebelum tidur.

17)   Nasihat secara berhikmah,secara tidak langsung atau secara perbandinagn krn tdk semua boleh ditegur secara terus  walau mengakui kesalahan.

18)   Berikan pengharapan dan jangan patahkan semangat pasangan atau anak2 dengan memberikan mereka galakan dan sokongan.

19)   Mengadakan aktiviti rekreasi bersama2 seperti bersenam, keluar berjogging atau berkelah pada hujung minggu.

20)   Saling berDOA  dan bersolat hajat untuk kebahagiaan hidup pasangan dan anak2 dalam rumahtangga.

Insya Allah..semoga mendapat manfaat dari entry ini....Good luck n practice makes perfect....

Lastly...dedicated to my SOULMATE.....

My life has become strong;
For my husband is not wrong.
My life has become independent;
For my husband never let me dependent.
My life has become pure;
For my husband had every cure.
My life has become romantic;
For my husband is very aromatic.
My life had a new beginning;
For my husband was nearing.

And the most valuable gift-
My husband has given me;
Are my 2 wonderful and the best daughters 
And I thank God,
For the wonderful family he has given me.

Luv u much!!!



Bila pena tulip menari....~2006~

DILEMA

 

Alia melontar pandangannya ke dada langit, merenungi alam ciptaan Allah  dengan seribu satu persoalan. Masih lagi terngiang-ngiang bicara Amir di cuping telinganya lewat malam lepas. “Sayang, abang dapat tawaran KPLI tu,” sayup-sayup suara Amir kedengaran di corong telefon membuat Alia tersentak. Panggilan telefon jam 12.45 malam tanggal 5 Januari itu benar-benar menyegarkan kelopak mata Alia dari lena yang panjang sebentar tadi. “Betul ke abang, Alia pulak macammana?”. Bebola mata Alia yang layu dan kuyu tadinya semakin membulat. “Emmmm…sayang tak dapat, tapi……alangkah bagusnya jika sayang yang dapat tawaran tu, bukannya abang…,” ada nada gundah pada bicara Amir. Alia kelu.

 

Kata-kata Amir sebentar tadi menyentap tangkai jantung Alia. Kenapa Amir berfikiran cetek sebgitu. Tidakkah dia terfikir ini adalah rezeki kurniaan Ilahi setelah sebulan hadirnya Ain Nadira ke dunia ini? Tidakkah dia terfikir akan kesenangan yang bakal dikecapi di hari muka kelak apabila begelar seorang kakitangan kerajaan? Fikiran Alia berkecamuk. Longlai langkahnya menghitung waktu bilakah suaminya akan berubah fikiran. Ketika orang lain merebut peluang untuk memohon KPLI, suaminya pula menerima tawaran dengan rasa hambar. Tiada nada ceria, tiada gelak ketawa.

 

Arghhh!!!!!!Alia benar-benar buntu dengan pengakuan Amir sebentar tadi. Dalam hatinya meronta-ronta menjerit sekuat hati agar suaminya mengubah keputusannya itu. Jika orang lain melompat-lompat kegirangan di saat menerima khabar gembira, tetapi tidak bagi Amir. Tawaran itu bagaikan batu yang menghempap dirinya. Sungguh pelik. Namun sebagai isteri, Alia cuba sedaya upaya memujuk Amir. Tetapi nyata menemui jalan buntu. Alia dapat merasakan lain benar layanan Amir padanya tatkala berbicara tentang perkara itu. Walaupun Amir dan Alia jauh terpisah atas urusan kerja, namun perubahan itu tetap dirasai Alia.

 

“Umi, abang Amir tu, entahlah..Lia pun tak faham, kenapa sayang sangat kat sekolah kampung tu. Entah apa yang ada kat sana pun Lia tak tahu,”, suatu petang Alia mengadu pada Uminya. “Nantilah, Umi nasihatkan si Amir tu, janganlah risau sangat,”. Wajah Alia kembali berbunga. Moga ada sinar harapan di sebalik nasihat dan doa seorang ibu!!!

 

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar-nampar pipi gebu Alia, di petang yang nyaman itu. Alia mencapai telefon bimbitnya ketika sedang beristirehat di halaman rumah, lalu didailnya nombor Amir. “Assalamualaikum, abang. Lia tak nak cakap banyak. Cukuplah abang mengerti yang Lia harap sangat abang terima tawaran tu. Abang tak usah risaukan Alia. Abang tak usah risaukan Nadira……Inilah pengorbanan Alia untuk abang. Alia sanggup berjauhan dengan abang..Walau apa pun, abang fikirlah yang terbaik untuk keluarga kita bang,” esak tangis Alia mula kedengaran

 

***************************************************

 

SMS yang diterima Alia sebentar tadi benar-benar menyentuh jiwa Alia. Matanya yang dulu redup bersinar indah, bibir mulusnya tak lekang dek senyuman. “Sayang…sebagaimana berat langkah abang untuk pergi, lagi berat  hati abang untuk tinggalkan Alia dan Nadira berdua bila sayang dah bekerja semula nanti…Namun, demi penuhi hasrat hati sayang, abang akan gagahkan jua melangkah ke alam pelajar semula…I love you much!” Begitu mendalam mesej Amir menusuk kalbu Alia.

 

Biarlah dada dan minda Amir sarat dengan ilmu. Bisik hati Alia. Surat dari Amir yang diterimanya tengahari itu dilipat rapi. Perkhabaran dari Amir mengatakan dia semakin sibuk dengan kelas dan tugasan di maktab. Rupa-rupanya sudah dua bulan Amir pergi menadah ilmu demi masa depan mereka. Segalanya berlalu begitu pantas. Alia tidak lupa mendoakan Amir setiap kali selesai solat. Malah Alia tidak lupa mengerjakan tahajjud setiap malam, mendamba harapan kepadaNya Yang Maha Kuasa.

 

Sesungguhnya Alia benar-benar bahagia kini. Walaupun sering berjauhan, Alia yakin cinta di antara mereka semakin utuh, berpaksikan pada prinsip kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan yang telah dipateri bersama seawal menjalin cinta lima musim yang lalu. Sewaktu malam mendakap sepi, ketika Nadira sedang lena di alam mimpi, Alia mencapai sebatang pena lantas menarikan kata-kata di atas sekeping warkah putih untuk tatapan suaminya tersayang.

 

Keresahanmu keresahanku jua

Kesusahanmu kesusahanku jua

Kebahagianmu kebahagiaanku jua

Segalanya kita kongsi bersama

 

Teruskan langkahmu

Mara ke hadapan

Tempuhi perjuangan ini dengan kesabaran

Harungi perjalanan ini dengan ketabahan

 

Sayap kirimu ini

Akan terbang bersamamu

Melewati bilah-bilah hari yang getir

Mengharungi detik waktu yang sukar

Mengatur langkah seiring dan sekata

Walau jauh di mata

Moga kasih, sayang dan cinta kita

Mekar selamanya…

 

 Warkah putih itu dilipat rapi  dan dikepilkan ke

dalam sampul surat wangi berwarna ungu. Alia terlena

di sisi warkah berlagu rindu pada malam yang sepi itu.



Tulip Ungu ~Ogos 2006~


Saturday, December 26, 2009 | By: G-Balleza

MUHASABAH CINTA

Muhasabah Cinta
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Friday, December 25, 2009 | By: G-Balleza

Pearl of heart~ Batrisyia ~

Nottin to do,so,i manage 2 use tis time to write sumtin about pearl of heart-batrisyia...my second child...after had a miscarriage our first bby.......10 months tat time...of course sadness colored my heart..patience n persevere accompanied my life...though.. i still called batrisyia as Kak Yong, despite she came as the second bby of mine.....kak yong..if one day u'r able to read....tis short poem especially dedicated for u....created by ummi on the 1st  Kak Yong's besday (041205)....


Di taman cinta ini….
Telah subur pohon kasih…
Telah bercambah tunas sayang….
Telah bersemi baja kemesraan..
Menghijau kasih pada rindu yang meranum
Berbunga sayang pada asmara yang memuncak….
Dan……
Pada tanah yang indah ini………
Nyawa hawa menjadi pewaris
Takhta sebuah cinta………

Iffatul Batrisyia
Permata hati ummi
Mutiara kalbu walid
Hadirmu umpama bintang
Terangi malam yang suram
Gelak tawamu umpama salju
Menyiram subur bumi cinta
Ummi dan walid….

Tangisanmu umpama melodi kasih
Irama asyik penawar jiwa ummi
Terkadang jua
Menjadi rentak resah walid
Namun padaMu Ya Allah
Ummi pohonkan kesejahteraan
Walid doakan ketenangan dan kerahmatan
Agar dewasamu nanti..
Bersinar dengan iman
Bercahaya dengan ilmu….
Bergemerlap dengan taqwa.

Laman yang indah ini
Ummi pagari dengan doa
Walid hiasi dengan zikrullah….
Moga penghuni taman cinta..
Bisa menjejak syurga…..
Mencari redha Ilahi
KasihNya pasti abadi...

UmmiBatrisyia:041206

Life....full of challenges....



The clock shows 11.28a.m.....tis time i'm sure housewives outside there are busy preparing their meals 4 lunch..as for me...i just wait my siakap stim to be on the stove...marinade the fish about an hour before it being cooked, is the best way to makesure it tastes yummy yummy n delicious.....erm..actually nottin' to jot down here..just to have some update to my new blog....tulip ungu....it seems funny tats i`ve already have my own blog.....i'm not sure whether i can spend my time in the world of blogging since every minutes of my life....i'm busy wif my career as a 'muallimah'...also my part-time job as a bussinesswoman....boss of G-Balleza Collection Sdn Bhd. to be....:-) what a big dream???? may it will be a reality soon no matter how long i must wait for tat time.....also the MOST important thing is i'm not a computer maniac as the other blogger...but coz of encouragement from my beloved hubby to keep my blog updated....so i`ll try...First thing crossed in my mind rite now is....why tulip ungu..??mybe u guys are wondering why i choosed tis name as my blog name....actually TULIP UNGU was my nickname used when i was in my secondary school for any parts of my writing...as well as purple is also my pebret colors...on tat timelaa....purple is romantic what..!!!me???ermm..u`ll know me if u're my frens.....:-)..later i'll show u how tat color made me mad....i luv the purple color till i pursue my study a t UUM....everyting must be in PURPLE...bedsheet,curtain...table-cloth, mat...everything in my room are in purplish...i`ll upload the pic if i find it, 7 years ago..where i kept the album??!!! really crazy wif purple..n most of my baju kurung are in purple...n day after day...year after year...time passed away...10 years gone...rite now....being a wife...a mom...a muallimah...a bizneswoman..everything have changed...so many experiences n  precious moments in my life to be shared...wif  my siblings, frens,n my students....I wanna share wif u about hobby..ambition..friendship..marriage...love...and many more..if i have enough time..insya Allah...we can share everything about story of life...tat's all for tis entry..my hubby is calling me for our lunch!!!babai dear...many stories waiting there...See ya...


Purple in my room-Guthrie UUM  F315

Saturday, December 19, 2009 | By: G-Balleza

Sebelum mata terlena.......

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah...Tuhan pencipta alam....kerana pada pagi yang indah ini aku masih diberikan nyawa untuk terus bernafas di muka bumi yang penuh rahmat ini...Berakhirlah sudah satu hari di tahun baru 1431H...dan mengintailah pula hari esok yang datang dengan seribu satu harapan...Bermula tahun hijrah yang baru melangkah sehari ini, lahirlah episod kehidupan maya seorang TULIP UNGU..."Hari ini milik anda"adalah ungkapan paling indah dalam "kamus kabahagiaan", kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.........thanx for Dbah and beloved hubby for courage n support till this blog exist tonite!!!!

kau bertakhta di hati....

Related Posts with Thumbnails