Sunday, September 15, 2013 | By: G-Balleza

LEGA....



Berakhir sudah sebuah lagi episod perjuangan anak2 didik di medan peperiksaan..Biar resah jua gelisah senantiasa melanda diari hati saban hari...melihat sikap yg keanak-anakan ..sepertinya tiada apa2 yang berlaku..namun diri ini tak pernah puas untuk mendoakan yang terbaik untuk mereka..walau hati ini  adakala berduka dengan keletah mereka..namun biarlah..kupujuk sendiri lara hati kerana kutahu...keberkatan ilmu itu juga terletak pd keikhlasan hati gurunya....


Kesibukan pada tahun ini tidak beriku peluang untuk menitipkan kata2 di dada blog usang ini....Sedikit sebanyak emosiku terganggu oleh beberapa peristiwa yang berlaku pada tahun ini...Apa sahaja yang melibatkan aku sebagai pelakonnya...sangat mencabar..sangat menguji..sangat tragis...Namun ..berbalik kpd qada' dan qadar Allah..aku memujuk hati untuk terima segalanya yang berat mata memandang,berat lagi memikul ini dengan redha dan tabah..belajar untuk menilai dan muhasabah..bahawa setiap ujian yang datang itu adalah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya...kuatkan aku Ya Rabbi untuk terus melangkah ke hari2 esok yang penuh pancaroba Ya Allah....Jangan gelincirkan aku pada jalanMu yang dimukai ..Sesungguhnya aku ini  adalah hambaMu yang lemah..Perlu senantiasa disejukkan dengan ilmu dan zikir..agar diri tidak mudah melatah atas setiap perkara yang berlaku samada baik atau buruk............................................

Usai sudah UPSR...kulihat wajah merekabegitu girang...tenang baragkali kerna berlalu sudah ujian besar sblm melayakkan mereka ke peringkat yang lebih jauh...mungkin seronok kerana dapat menjawab pepriksaan dengan baik..atau macam 2 perasaan lagi yang berbaur mungkin...Tapi bagi diri ini....tamatnya UPSR bukan beerti untuk bersenang lenang..kerana anak didik yang kan menghadapi peperiksaan akhir tahun juga perlu akulakukan sesuatu untuk mereka......Banyak masa yang aku korbankan untuk membantu anak2 didik tahun 6..Mungkin sebegitu juga yg perlu aku lakukan untuk anak didikku yang lain......Ya Allah,tunjuk padndu hambaMu ini untuk mencari jalan yang benar.......bukan sedikit harga yang dibayar untuk itu...namun kekuatan hati dan kelapangan masa itu yang kupohon darimu Ya Allah........
Wajah gembira mereka.....

Teman seperjuanganku ...Linda..



Berada di tengah2 mereka menjadikan aku agak rapat dengan mereka.....Namun bila amarahku datang....mereka ttp aku hukum.....namun telah kunyatakan pada mereka....masa yang aku korbankan untuk mereka adalah demi melihat kejayaan yang cemerlang...cukupla jika semua lulus dlm subjek yang ku ajar dan...bonus untukku jika ada antara mereka yang mendapat A..Alhamdulillah.....


Mengusung waktu yang tak pernah lewat menantiku.....maka perlu kuterap satu disiplin kerja yang pantas dan tuntas dalam diri..agar masa dirumah menjadi masa yang berkualiti bersama anak2 setelah seharian meninggalkan mereka....Dorongan dan sokongan daripada suami jg bagiku amat penting bagi melahirkan aank2 soleh dan solehah....

My lovers...
YA ALLAH..semoga kasih sayang kepada mereka berkekalan hingga ke syurga... Duhai suami..redhakanlah setiap langkahku menelusuri onak yang berliku menuju ke puncak cinta Yang Maha Agung..

tinta hati
jiey balleza
1241pm
15 Sept 13



kau bertakhta di hati....

Related Posts with Thumbnails