Thursday, December 23, 2010 | By: G-Balleza

Hari Yang Bukan Biasa..............

Kota A Famosa.....di sini kami meluangkan cuti bersama anak-anak................
Naik beca yang penuh dengan bunga!!!!!!!!!!!!!!Sangat teruja!

Hijau itu menawan kan!!!!!!!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Lama sudah aku tidak menulis..
bukan kerana sibuk...tetepi kerana jemariku ini seakan lesu untuk menari di atas petak2 huruf yang setia menanti coretan seorang aku....biarlah hari ini aku akan menulis apa sahaja yang terlintas difikiranku....untuk mengisi masa kosongku pagi ini.

2010..ada beberapa hari lagi untuk dihitung,beberapa detik lagi untuk dilalui...pasti ada kenangan pahit dan manis yang telah diharungi sepanjang tahun ini kan???Bagi aku, nikmat yang paling besar yang kunikmati pada tahun ini adalah nikmat kesihatan yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadaku..syukur padaMu Ya Allah, mengurniakan aku tubuh badan yang sihat, anak2 yang jarang sakit, juga pemimpin keluarga yang sihat.
Aku sangat bersyukur kepada Yang Maha Kuasa kerana menganugerahkan nikmat ini kepada aku, suami dan anak2. Aku menjadi manusia yang sangat aktif dan hanya 4 hari aku mengambil cuti sepanjang tahun ini

Apabila memerhatikan sahabat2...dan orang sekeliling terpaksa bercuti kerana diri mereka dan anak2 mengalami masalah kesihatan, aku lebih menghargai hidup ini...Nikmat sihat sebelum sakit adalah nikmat yang terbaik Allah kurniakan supaya hamba2Nya dapat terus menunaikan tanggungjawab sebenar sebagai KHALIFAH di muka bumi ini...Kerdilnya aku di sisiMu Ya Allah..

Namun, di saat-saat akhir menjelangnya ulangtahun kelahiranku yang ke-29, tiba-tiba kepalaku terasa berat, tubuhku menggigil,dan aku tidak berdaya untuk bangun dan melakukan tugas2 sebagai isteri dan ibu untuk beberapa hari....apa yang ditelan terasa pahit dan nafasku sentiasa tersekat dek selsema yang tak putus...Ya Allah, andai nikmat sihatku ditarik untuk kaffarah dosaku...aku redha...Tetapi berilah aku kekuatan untuk melangkah meneruskan hari esok yang belum pasti sampai bila hayatku di bumi ini..Beri aku kekuatan Ya Allah...

Alhamdulillah...sebelum aku terbaring lesu...sempat juga membawa anak2 mengenali dunia....ternyata...riang sekali wajah mereka dibawa ke tempat2 menarik di Malaysia. Sekali lagi Ya Allah, aku panjatkan syukur kerana memberi kami rezeki untuk kami terus melihat dunia ciptaanMu yang indah ini.....

2011...galak mengintai di birai senja.....ku nantimu dengan 1001 keazaman...Mahu yang terbaik mengiringiku dalam setiap apa yang aku usahakan...Sekiranya, terbaik untukku terus di sini, aku akur..namun sekiranya terbaik untuk aku pergi ke sana..jua aku akur..Yang penting aku tetap menyanjungi Yang Maha Pencipta kerana Dia adalah Pendengar Terulung dalam catitan diari hidup seorang aku....Jiey Balleza.












0 comments:

Post a Comment

kau bertakhta di hati....

Related Posts with Thumbnails